Survey
* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project
* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project
SUMBER HUKUM ISLAM 1 SUMBER UTAMA HUKUM ISLAM (DALIL QAT’EI) • Sumber utama hukum Islam ialah dalildalil yang telah disepakati oleh para ulamak dengan secara putus sebagai sumber hukum Islam yang utama dalam segala perkara yang melibatkan perbuatan manusia ia itu: 1. Al-Qur’an 2. Al-Sunnah 3. Ijmak Ulamak 4. Al-Qiyas 2 SUMBER HUKUM ISLAM i. AL-QUR’AN • Al-Qur’an kitab yang mengandungi berbagai • jenis sumber ilmu pengetahuan, undangundang syarak, adab peraturan, berita-berita ghaib dan mengenai berita yang telah berlaku, sekarang dan akan datang. Al-Qur’an mesti diikuti sepenuhnya oleh manusia kerana ia adalah himpunan firman atau kata-kata Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril A.S. untuk diajarkan kepada umatnya bagi dijadikan panduan hidup mereka di dunia. 3 AL-QUR’AN • Al-Qur’an adalah perlembagaan hidup muslim untuk memberikan kebaikan dan kesejahteraan hidup manusia. Allah menyatakan kepentingan al-Quran tersebut dengan firmannya: “ Alif, Laam, Mim, Demikianlah Kitab al-Quran itu yang tidak ada lagi keraguan padanya, ia menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman.” (Surah al-Baqarah:1 ) 4 Hadith dari Rasulullah s.a.w. di pertanyaannya kepada Muaz bin Jabal: dalam • “Bagaimana nanti kamu akan mengeluarkan hukum apabila dibawa kepada kamu sesuatu permasalahan? Saya akan menghukum berdasarkan Al-Qur’an. Nabi bertanya lagi: Jika tidak ada di dalam Al-Qur’an? Mu’az menjawab: Saya akan menghukum dengan Sunnah Rasulullah. Nabi bertanya: Jika tidak ada dalam Sunnah Rasulullah? Jawab Mu’az: Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan perkara tersebut. Seterusnya Nabi menepuk dada sambil bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah memberi taufik kepada utusan Rasulullah ke arah sesuatu yang diredhai oleh Rasulullah. ( Riwayat Bukhari ) 5 SUMBER HUKUM ISLAM ii. AL-HADIS/ SUNNAH • Segala • apa yang datang daripada Nabi Muhammad s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, sifat, tingkah laku, perjalanan hidup atau pengakuan atau takrir, baik sebelum dibangkitkan menjadi rasul atau selepas Baginda dibangkitkan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya.” (Surah al-Hasyr: 7) 6 Peranan Al-Hadis/ Sunnah • Hadis merupakan penyokong Al-Qur’an yang membawa hukum yang sama. • Hadis sebagai penjelas hukum AlQur’an yang umum dan mujammal. • Hadis mengkhususkan hukum umum dari Al-Qur’an. • Hadis memuqayyadkan hukum AlQur’an yang mutlak. • Hadis membawa hukum baru yang tidak dinyatakan dalam Al-Qur’an. 7 SUMBER HUKUM ISLAM iii. IJMAK ULAMAK • Ijmak ialah kesepakatan para ulamak mujtahid • sama ada dalam bentuk I’tiqad, kata-kata atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum dalam sesuatu perkara yang berlaku selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Dalil Al-Quran “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) suatu umat pilihan lagi adil. Supaya kamu layak menjadi orang yang memberikan penerangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah).” 8 (Surah al-Baqarah: ayat 143) Ijmak Ulamak •Dalil Hadis. “Umatku tidak akan sepakat dalam perkara yang salah.” (Riwayat Bukhari Dan Muslim) •Dalam keadaan lain juga Nabi bersabda yang bermaksud: “Apa–apa sahaja yang menurut pendapat orang muslimin itu baik, maka ia juga baik di sisi Allah, dan apa-apa menurut pendapat orang muslim itu buruk, maka ia adalah buruk di sisi Allah.” (Muttafaqun Alaih) 9 SUMBER HUKUM ISLAM iv. AL-QIYAS • Ia adalah perbandingan di antara satu hukum dalam perkara yang baharu lahir dengan perkara yang telah ada hukumnya, atau persamaan pada illah hukumnya, sebelum dari itu di dalam Al-Qur’an dan as-Sunnah. 10 SUMBER HUKUM ISLAM TAMBAHAN ( DALIL ZANNI) Istihsan Masalih al-Mursalah Uruf Istishab 11 Kaedah Fekah Umum 1. Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat. 2. Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan. 3. Kesukaran Membawa Kemudahan. 4. Bahaya Mesti Dihapuskan. 5. Adat Menjadi Hukum. 12 KAEDAH PERTAMA: SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN NIAT "Sesungguhnya setiap pekerjaan itu pasti ada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap perkara itu bergantung dengan apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kerana AIlah dan rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau sesiapa yang berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu berdasarkan apa yang ia hijrahkannya.” (Riwayat Muslim) 13 • Niat adalah menjadi perkara yang penting dalam mengesahkan sesuatu perbuatan. Segala perbuatan tersebut tanpa adanya niat akan dikira tidak sah atau terbatal. • Niat penting dalam hukum Muamalat seperti jual beli, hutang piutang, sewaan dan lain-lain. 14 KAEDAH KEDUA KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN "Jika seseorang kamu ragu-ragu ketika sembahyang, ia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukan sama ada tiga atau empat, maka ketepikan keraguan tersebut dengan keyakinan.” (Riwayat Muslim) 15 7 Kaedah Pecahan Dalam Kaedah Kedua • • • • • • • Sesuatu itu kekal seperti sebelum datangnya keraguan. Secara asalnya sesuatu itu adalah tiada. Seseorang itu asalnya bebas daripada tanggungjawab. Asal perkataan itu dikira berdasarkan maksudnya yang sebenar Sesiapa dalam keadaan syak adakah ia telah melakukan atau tidak maka ia patut menganggapnya tidak. Asal setiap yang berlaku diambil kira yang paling hampir. Asal sesuatu itu adalah harus kecuali ada dalil lain yang mengharamkan ia. 16 KAEDAH KETIGA KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: • "Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran " (Surah Al-Baqarah: 185) Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: • " Sesungguhnya kamu dibangkitkan untuk memudahkan, menyusahkan." bukan 17 KAEDAH KEEMPAT BAHAYA MESTI DIHAPUSKAN • Hadis Nabi saw yang bermaksud: “(Islam itu) tidak boleh bahaya dan membahayakan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 18 5 Kaedah Pecahan Bagi Kaedah Keempat • Keadaan darurat mengharuskan benda • • • • yang dilarang Apa yang diharuskan dalam darurat itu mengikut kadar daruratnya sahaja Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan Apabila ada dua kemudaratan maka diambil yang lebih ringan dan tinggalkan yang lebih berat Menolak kemudaratan adalah lebih utama daripada mengambil kebaikan 19 KAEDAH KELIMA ADAT BOLEH MENJADI HUKUM • "Apa-apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin maka ia dianggap baik disisi Allah sementara apa-apa yang dipandang buruk oleh kaum muslimin itu maka ia dianggap buruk oleh Allah. (Riwayat Bukhari) 20 Wassalam 21