Survey
* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project
* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project
GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 910712-03-5256 |1 1.0 Pengenalan Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) merupakan satu pendekatan reformasi pentadbiran di Malaysia. TQM adalah satu penanda aras atau satu struktur perancangan bagaimana untuk menilai sejauh mana perancangan dan pelaksanaan sistem pentadbiran di Malaysia memenuhi matlamat yang ingin dicapai iaitu diterima oleh pengguna atau rakyat. Tujuan utama TQM diaplikasikan didalam sektor awam di Malaysia adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran. Sejak Negara mencapai kemerdekaan, pentadbiran awam di Malaysia telah melalui beberapa fasa perubahan untuk memperbaharui corak dan struktur pentadbiran. Ketidakcekapan dalam menjalankan pentadbiran telah mengurangkan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran awam. Oleh itu, kualiti merupakan satu pencapaian yang perlu dititikberatkan kerana setiap tingkah laku pentadbir awam membawa kepada impak yang menggambarkan sejauh mana sesuatu prosedur itu berkualiti dan dapat memuaskan hati rakyat. Pada masa yang sama, sepanjang proses pentadbiran dijalankan, telah terdapat banyak aduan daripada rakyat mengenai tingkah laku dan prosedur pentadbiran awam. Hal ini menunjukkan bahawa kualiti pengurusan dalam sektor awam di Malaysia masih lemah. Berikutan aduan yang semakin meningkat, kerajaan berpendapat bahawa sektor awam memerlukan suatu tranformasi yang melibatkan struktur, prosedur dan tingkah laku yang melingkupi seluruh aspek pentadbiran sektor awam. TQM diperkenalkan bagi meningkatkan pemahaman pentadbir awam akan kepentingan bekerja secara berkualiti bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sama GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 910712-03-5256 |2 ada dalam penyampaian perkhidmatan mahupun penyampaian maklumat yang dimana rakyat memperoleh faedahnya. 2.0 Konsep TQM Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau lebih dikenali dengan TQM yang juga merujuk kepada Total Quality Control (TQC) telah mendapat tempat dalam sistem pentadbiran dunia pada hari ini setelah tersiarnya Rancangan Dokumentari ‘If Japan Can Why Can’t We?’ oleh NBC pada tahun 1980an (Hoffher,1993) iaitu yang menceritakan mengenai bagaimana Jepun memajukan sektor automotif dan elektronik iaitu dengan mengaplikasikan ‘Deming 14 Points’ oleh William Edward’s Deming untuk penambahbaikan secara berterusan dan juga melihat sektor pembuatan dan perkilangan sebagai satu sistem dan bukannya bersifat sementara. Oleh itu, perkembangan TQM sering dikaitkan dengan kejayaan oleh industri Jepun di peringkat antarabangsa (Iijima dan Hasegawa, 1992). Kejayaan yang ditunjukkan oleh Jepun telah menarik minat orang barat untuk mengkaji keberkesanan yang ditunjukkan oleh Jepun. Oleh itu, pada tahun 1940, Amerika Syarikat telah memperkenalkan TQM secara menyeluruh untuk meningkatkan produktiviti pekerjanya seterusnya mencapai matlamat organisasi. Sehubungan dengan itu, terdapat banyak pemimpin dunia pada hari ini berusaha melaksanakan TQM dalam sistem pentadbiran masing-masing (Yaakop Hj. Jantan, 1995) Merujuk kepada Crosby (1979) kualiti merupakan satu penilaian ke atas keberkesanan sesuatu ouput yang dikeluarkan yang menepati kehendak dan keperluan pengguna. Menurut Cua, Mc Kone and Schroeder (2001), TQM adalah GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 910712-03-5256 |3 satu proses pengurusan kualiti yang berasaskan falsafah kualiti berorientasikan pelanggan, penambahbaikan secara berterusan, penglibatan semua orang setiap bahagian dan proses dalam organisasi serta penyelesaian masalah secara berpasukan. Manakala menurut Juran, J. (1940), kualiti merupakan kesesuaian untuk penggunaan iaitu membuat yang terbaik sewaktu melaksanakan sesuatu tugas dan beliau mengelak daripada menggunakan perkataan sesuatu tugas yang sempurna kerana setiap perkara yang dilakukan tidak semestinya akan sempurna dan yang hanya akan berlaku adalah yang terbaik. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa konsep TQM ialah satu konsep yang menitikberatkan penilaian kualiti di dalam sesuatu pelaksanaan tugas yang merangkumi seluruh proses dan sistem didalam sesebuah organisasi. 3.0 Pelaksanaan TQM di dalam sektor awam di Malaysia TQM mula dilaksanakan di Malaysia pada 30 Julai 1992 iaitu setelah Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 1 Tahun 1992 dikeluarkan. Pekeliling yang bertajuk Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam tersebut telah diedarkan ke seluruh Kementerian, Jabatan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Setiap perlaksanaan program yang berkaitan dengan peningkatan kualiti adalah berdasarkan pekeliling tersebut. Tujuan TQM diaplikasikan di dalam pentadbiran adalah untuk menilai pencapaian dan persembahan proses mentadbir yang berkualiti iaitu menepati GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 910712-03-5256 |4 kehendak rakyat. Selain itu, tujuan TQM digunakan dalam sesebuah organisasi adalah untuk menetapkan alternatif dan prosedur yang perlu diikuti oleh seluruh anggota organisasi untuk mencapai matlamat utama dengan output yang berkualiti. TQM telah digunakan secara meluas di Jepun dan Amerika Syarikat yang menggerakkan organisasi berdasarkan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam TQM sendiri pada lewat tahun 1940. Keberkesanan yang ditunjukkan telah meyakinkan pihak pentadbir Malaysia untuk mementingkan kualiti dalam segala aspek pentadbiran kerajaan. Konsep kualiti menyeluruh bukan sahaja meliputi kualiti pada keluaran atau perkhidmatan sahaja tetapi pada seluruh operasi dan urusan sesebuah organisasi seperti kecekapan pengurusan, pemandu yang berdedikasi, persekitaran pejabat yang sempurna, sistem fail yang sistematik dan juga sistem telefon yang cekap (PKPA Bilangan 1 Tahun 1992). Di dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran awam, TQM telah dilancarkan secara meluas untuk mendapat tindak balas yang positif. Berdasarkan pekeliling yang telah dikeluarkan, pelbagai pembaharuan telah disenaraikan bersama panduan yang perlu diikuti oleh seluruh agen pentadbiran Negara. Matlamat utama TQM dilaksanakan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pentadbiran serta memberi kepuasan kepada hati pelanggan iaitu rakyat Malaysia yang sentiasa berurusan dengan kerajaan untuk pelbagai urusan. Selain itu, matlamat pelaksanaan TQM juga adalah untuk menghasilkan output yang tidak mempunyai kecacatan (defect zero) atau tiada kesilapan (error free) dan juga penghasilan output yang sentiasa tepat (right the GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 910712-03-5256 |5 first time) (Crosby, 1979). Oleh itu, beberapa strategi telah dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan matlamat utama dicapai. Jika pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak pentadbir, hal ini menunjukkan pendekatan TQM yang digunakan memberi impak positif dan hal ini tidak bermakna pihak kerajaan perlu kekal pada kedudukannya sebaliknya pelbagai pembaharuan perlu dijalankan supaya Negara dapat bersaing dan menghadapi dunia yang semakin maju dan canggih. Oleh itu, TQM boleh dijadikan sebagai satu panduan dan diaplikasikan dalam pentadbiran bagi memastikan organisasi awam sentiasa peka terhadap kehendak pelanggan dan pada masa yang sama meningkatkan akauntabiliti dan integriti pekerja juga. Sehubungan itu, di dalam pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1992, beberapa strategi telah diatur bagi memastikan semua agensi awam Malaysia mematuhi dan melaksanakan strategi yang telah ditetapkan. Antara strategi dalam TQM yang ditetapkan ialah penambahbaikan secara berterusan, melibatkan seluruh organisasi, tindakan-tindakan yang strategik, berorientasikan matlamat jangka panjang, pengawalan kos kualiti, tindakan pencegahan, menekan kepastian kualiti dan penyelesaian masalah secara sistematik. 3.1 Strategi Dari segi strategi peningkatan kualiti, TQM menekankan proses penambahbaikan dan berterusan (continuous improvement). Proses ini mengandungi tindakan-tindakan strategik yang dirancang dengan teliti dan GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 910712-03-5256 |6 berorientasikan matlamat jangka panjang. Proses ini melibatkan seluruh organisasi (total involvement) di mana segala sumber dan kekuatan yang ada dalam organisasi berkenaan akan digembleng sepenuhnya dalam usaha kualiti. Proses penambahbaikan yang berterusan di bawah TQM umumnya melibatkan tujuh peringkat tindakan yang bersepadu iaitu menentukan matlamat penambahbaikan yang akan dijalankan, menentukan kaedah pelaksanaannya, melatih kakitangan yang akan terlibat, melaksanakan penambahbaikan yang dirancang, menilai pencapaian yang diperolehi, menyeragamkan proses-proses kerja yang telah diperbaiki untuk diperluaskan ke bahagian-bahagian lain, dan meneruskan tindakan-tindakan pembetulan yang masih diperlukan. Selain itu, TQM sentiasa memberi perhatian kepada aspek pengawalan kos kualiti yang timbul akibat daripada pembaziran sumber, penghasilan output yang tidak berkualiti, kesilapan kerja atau aktiviti-aktiviti lain yang tidak memberi kesan nilai ditambah. Bagi mencapai matlamat ini TQM menekankan aspek pencegahan. Ini dilakukan dengan memperbaiki proses-proses kerja supaya peluang-peluang terjadinya kesilapan atau kecacatan tanpa dapat dikawal sepenuhnya. Di samping itu, mana-mana masalah kualiti yang dikesan akan diselesaikan dengan segera mengikut kaedah penyelesaian masalah yang sistematik. Ini adalah untuk memastikan masalah tersebut tidak berpanjangan dan terus menganggu perjalanan organisasi. Satu lagi strategi penting TQM ialah untuk memastikan setiap output yang dihasilkan oleh organisasi benar-benar berkualiti dan memuaskan hati pelanggan. (Dipetik daripada Pekeliling PKPA bilangan 1 tahun 1992). GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 910712-03-5256 |7 3.2 Pelaksanaan TQM di Malaysia Konsep TQM dalam PKPA 2/92 adalah “Satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, berjalan secara berterusan dan melibatkan semua aspek dalam organisasi. Proses ini bertujuan membawa perubahan yang menyeluruh ke arah melahirkan budaya organisasi yang cemerlang”. (Mohd Nasir Mohd Asyraf, 2000). Oleh itu beberapa program telah dijalankan seiring dengan matlamat TQM itu sendiri yang mahu peningkatan kualiti secara berterusan dari segala aspek di dalam pentadbiran awam. Penanda arasan adalah satu pendekatan yang digunakan di dalam mengaplikasikan TQM di Malaysia, antara aspek yang diambil kira dalam penanda aras adalah kualiti, masa dan kos di mana jika di dalam sesebuah organisasi itu telah menunjukkan peningkatan dari ketiga-tiga aspek bererti organisasi tersebut telah menunjukkan suatu pencapaian yang baik. Selain itu, inovasi memainkan peranan yang penting dalam TQM kerana untuk bergerak ke suatu posisi yang baru, sesuatu perlu dilakukan ke atas perjalanan organisasi untuk menghasilkan suatu penghasilan yang baik dari segi penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelanggan. MS ISO 9000 adalah satu standard bertulis yang mantap dan menerangkan elemen-elemen asas dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan memenuhi kehendak pelanggan. (INTAN, 2000) Di dalam pelaksanaan TQM, MS ISO 9000 telah dijadikan panduan dan merupakan satu penilaian ke atas setiap agensi kerajaan yang GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 910712-03-5256 |8 dipertanggungjawabkan untuk mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan. Oleh itu, agensi- agensi awam yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang akan diiktiraf oleh pihak kerajaan melalui majlis penganugerahan kualiti yang akan dijalankan pada setiap tahun. Antara amalan yang meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan adalah seperti meningkatkan kualiti layanan urusan melalui telefon iaitu setiap pekerja awam yang berurusan dengan orang luar melalui telefon perlu mengikuti tatacara yang telah ditetapkan. Selain itu, piagam pelanggan juga merupakan satu penanda aras yang disediakan oleh sesebuah organisasi. Dengan itu, setiap agensi kerajaan akan memaparkan piagam pelanggan mereka di kaunter-kaunter pertanyaan bagi memastikan pelanggan memahami apa yang akan disampaikan dan seterusnya mesej dari organisasi untuk pelanggan akan dapat difahami oleh pelanggan. Pada masa yang sama, pihak pengurusan sesebuah agensi awam juga akan menyediakan strategi atau perancangan untuk peningkatan kualiti. Hal ini kerana, setiap strategi yang dirancang akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin seiring dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti. Antara strategi yang dirancang adalah seperti penggunaan tanda senyum bagi penjawat awam di kaunter-kaunter pertanyaan menandakan penjawat awam tersebut bersedia untuk berkhidmat dalam apa jua cara dan keadaan kepada pelanggan. Hal ini akan meninggalkan kesan positif kepada pelanggan yang seterusnya akan memberi komen yang positif terhadap perkhidmatan yang telah diberikan. GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 910712-03-5256 |9 Selain itu, amalan 5S juga telah dilancarkan. Kempen ini dijalankan untuk mengubah sikap pekerja awam yang seringkali lalai untuk menjaga suasana persekitaran sama ada dari segi kebersihan, kekemasan mahupun ketepatan. Oleh itu, amalan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal adalah satu amalan yang perlu diamalkan berikutan kesannya yang efektif dan efisien akan membantu sesebuah agensi meningkatkan kualiti dari segi penyediaan suasana yang kondusif serta menunjukkan etika yang baik oleh penjawat awam. Pada masa yang sama, penerapan amalan 5S ini juga sebenarnya merupakan satu inisiatif kerajaan untuk mengubah tingkah laku penjawat awam daripada sifat negatif kepada positif. Sifat positif yang diterapkan akan dapat membantu sesebuah agensi meningkatkan kualiti dari segi pengurusan masa dan pengurusan hasil. Kerajaan elektronik merupakan satu agenda kerajaan di dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dalam perkhidmatan awam. Melalui kerajaan elektronik, pentadbiran awam akan menjadi lebih cekap melalui keberkesannya menyimpan data, menganalisis data, mengumpul maklumat, menghantar mesej kerajaan, mengesan kelemahan dalam penyimpanan maklumat kerajaan, memudahkan urusan pembayaran, dan menjimatkan masa untuk memproses sesuatu perkara yang melibatkan urusan kerajaan. Kecekapan yang ditunjukkan membuktikan bahawa kerajaan Malaysia sentiasa mencari alternatif baru untuk meningkatkan kualiti dalam pentadbiran seterusnya memudahkan rakyat untuk berurusan dengan agensi kerajaan. GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 9 1 0 7 1 2 - 0 3 - 5 2 5 6 | 10 “Budi Bahasa Budaya Kita” adalah satu slogan yang dilancarkan oleh kerajaan untuk menyemai nilai-nilai murni yang sedia tertanam di dalam diri setiap manusia. Antara amalan yang sering digunakan ialah hormatmenghormati dan senyum. Prinsip ini perlu diterapkan di dalam diri setiap penjawat awam untuk peningkatan produktiviti. Apa yang dimaksudkan disini ialah jika setiap penjawat awam berfikiran positif dan sentiasa menunjukkan sikap yang wajar sepanjang waktu bertugas, produktiviti sesebuah agensi akan meningkat disebabkan oleh kelancaran penyampaian dan penerimaan arahan oleh setiap pekerja mahupun majikan yang bertanggungjawab untuk memimpin sesebuah agensi kerajaan yang telah diamanahkan untuk mengawasi dan menjalankan fungsi-fungsi kerajaan. Selain itu, amalan “Budi Bahasa Budaya Kita” juga berperanan untuk mempromosikan Malaysia secara tidak langsung melalui sifat-sifat teladan yang dipamerkan oleh pekerja-pekerja awam. Kesimpulannya, kerajaan Malaysia sentiasa melakukan penambahbaikan untuk memenuhi tuntutan TQM. Hal ini menunjukkan penambahbaikan secara berterusan telah dijalankan berikutan dunia yang semakin canggih dan bersifat global. Oleh itu, kerajaan perlu bersedia dari pelbagai aspek untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar dan pelbagai tuntutan akan diajukan oleh rakyat kepada kerajaan untuk menepati kepuasan mereka sebagai pemilih kerajaan memerintah. GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 9 1 0 7 1 2 - 0 3 - 5 2 5 6 | 11 4.0 Hubungan TQM Dengan Reformasi Pentadbiran Oleh itu, TQM boleh dikatakan sebagai satu alat ke arah reformasi atau titik perubahan sistem pentadbiran untuk mencapai standard pengurusan yang tinggi dan seterusnya mencapai matlamat Wawasan 2020. Reformasi bermaksud perubahan dari sesuatu yang dilihat mempunyai kelemahan kepada sesuatu yang mempunyai kebaikan dan seterusnya menjadi yang sesuatu yang terbaik untuk dipraktikkan. TQM yang dilaksanakan di dalam sektor awam adalah melalui dua pendekatan iaitu melibatkan prosedur dan tingkah laku. Apa yang dimaksudkan di sini ialah TQM digunakan untuk membuat pembaharuan ke atas prosedur dalam pentadbiran seperti mengurangkan masalah yang wujud dalam birokrasi dan meningkatkan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan. Seterusnya TQM digunakan untuk mengubah tingkah laku pentadbir awam yang seringkali dikaitkan dengan ketidakcekapan dalam menjalankan tugas sehingga tidak menunjukkan keberkesanan dalam pentadbiran. TQM merupakan satu pendekatan yang menarik kerana dengan adanya pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kerajaan, agensi-agensi dan jabatan pelaksana dasar kerajaan dapat mematuhi seterusnya menigkatkan kualiti kerja masing-masing. Hal ini juga akan menunjukkan bahawa pentadbir awam semakin cekap dalam menjalankan tugas di samping menjaga kesejahteraan sekeliling yang menunjukkan bahawa sektor awam di Malaysia menjalankan pentadbiran yang cekap, berkesan dan lestari. GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 9 1 0 7 1 2 - 0 3 - 5 2 5 6 | 12 5.0 Rumusan Pelaksanaan TQM di Malaysia telah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pentadbiran awam. Hal ini dapat dilihat melalui aduan yang semakin berkurang berkaitan dengan masalah layanan kakitangan awam terhadap orang awam. Pengiktirafan kepada kakitangan awam yang menunjukkan prestasi cemerlang telah diberi dan hal ini merupakan satu motivasi kepada pentadbir awam untuk menunjukkan prestasi yang cemerlang sewaktu dalam perkhidmatan yang seterusnya menuju kepada matlamat utama TQM dilaksanakan iaitu meningkatan kecekapan dan keberkesanan dalam pentadbiran. Namun, globalisasi merupakan satu cabaran kepada pihak pentadbir di dalam merancang dan melaksanakan program di dalam Negara. Terdapat banyak pengaruh dari luar yang memungkinkan kemerosotan pencapaian organisasi awam terutamanya yang berkaitan dengan tingkah laku pentadbir awam yang sering kali berkaitan dengan sikap mereka yang dipengaruhi oleh emosi. Oleh itu, TQM yang dilaksanakan dapat mengawal tingkah laku mereka sewaktu dalam waktu bekerja dan seterusnnya mengubah persepsi negatif orang awam terhadap sikap pentadbir awam. Antara pelaksana TQM di Malaysia ialah pengurus atasan sesebuah agensi awam, seluruh kakitangan dan pasukan-pasukan kerja di dalam agensi tersebut (PKPA 2/92). Ini dikenali sebagai Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK). Komunikasi terbentuk apabila KMK dilaksanakan, penyampaian dan penerimaan arahan adalah melibatkan komunikasi satu hala antara majikan dan pekerja. GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 9 1 0 7 1 2 - 0 3 - 5 2 5 6 | 13 Apabila komunikasi terbuka berlaku, mutu gerak kerja secara berkumpulan akan meningkat dan akan meningkatkan keberkesanan dalam pentadbiran. Selain itu, program ‘5S’ yang dilaksanakn di jabatan-jabatan kerajaan adalah bertujuan untuk meningkatakan kesedaran dan tindakan aktif oleh kakitangan awam untuk lebih telus dan sentiasa menjaga kebersihan sekeliling. Program-program yang dilancarkan dan dilaksanakan oleh kerajaan telah banyak mengubah etika pentadbir awam. Kesimpulannya, TQM perlu dilaksanakan secara berterusan seiring dengan aliran transformasi trend dunia yang sering melangkaui batas pemikiran. TQM penting untuk mengubah sesuatu tindakan yang seterusnya membawa kita untuk berada sebaris dengan Negara-negara maju yang lain. Tingkah laku amat penting dalam melaksanakan sesuatu dasar kerajaan kerana ketelusan, ketepatan dan kecekapan merupakan satu hasil yang amat tinggi impaknya terhadap sektor awam. Oleh itu, TQM telah dijadikan sebagai satu penanda aras kepada kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di dalam sektor awam seterusnya mencapai matlamat utamanya iaitu peningkatan kecekapan dan keberkesanan dalam sektor awam di Malaysia. GMGA 3013 REFORMASI PENTADBIRAN (TQM) 9 1 0 7 1 2 - 0 3 - 5 2 5 6 | 14 Rujukan Oakland, John S, (1995). Pengurusan Kualiti Menyeluruh. Penterjemah Mohamad Salmi Mohd. Sohod. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Ramasamy, S. (2005). Total Quality Management. Tata McGraw Hill : New Delhi Ishak Yussof. (1996). TQM and Its Introduction in Malaysia’s Public Service. Jurnal Ekonomi, 30, 31-49. Diakses pada Mac 12, 2013 daripada laman web http://www.ukm.my/fep/jem/pdf/1996-30/jeko_30-2.pdf Definisi Pengurusan Kualiti Menyeluruh diakses pada Mac 10, 2013 daripada laman web http://en.wikipedia.org/wiki/Total_quality_management Jabatan Perdana Menteri. (Julai 30, 1992). Panduan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Bagi Perkhidmatan Awam. Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 tahun 1992. Diakses pada Mac 18, 2013 daripada laman web http://www.jmm.gov.my/ms/book/export/html/801 Demings, W. E, Juran, J. ,Crosby, P. , (1940 – 1979). The Definition of TQM. Diakses pada Mac 17, 2013 daripada laman web http://csqa.info/quality_pioneers Unit Laman EG dan Pengurusan, INTAN. Pelaksanaan Kerajaan Elektronik di Malaysia. Pdf. Diakses pada Mac 25, 2013 daripada laman web http://pdtsetiu.tripod.com/iso9000.html