Download How to answer TITAS

Survey
yes no Was this document useful for you?
   Thank you for your participation!

* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project

Document related concepts
no text concepts found
Transcript
Dua peranan agama dalam pembentukan
sesebuah tamadun
a) Agama sebagai pencetus tamadun
Agama merupakan unsur utama dalam pembinaan sesebuah tamadun. Hal ini kerana
agama memainkan peranan sebagai perangsang dalam pembinaan sesebuah tamadun.
Contohnya tamadun Islam. Tamadun ini lahir hasil daripada rangsangan ajaran Islam
itu sendiri. Walaupun agama Islam bermula di kawasan padang pasir yang tandus,
tetapi dengan dorongan ajaran Islam dan bimbingan Rasulullah s.a.w, umat Islam
Berjaya membangunkan sebuah tamadun terhebat di dunia. Tamadun Islam ialah
tamadun yang paling seimbang dari segi pembangunan rohani dan jasmaninya dalam
seluruh sejarah manusia. Demikian pula dalam kebanyakan tamadun yang wujud
sebelumnya seperti tamadun China dan tamadun India, peranan agama jelas
kelihatan daripada peninggalan rumah-rumah ibadat yang begitu banyak. Agama
yang mengajar manusia tentang norma-norma kehidupan yang perlu dipatuhi oleh
segenap anggota masyarakat.
Oleh itu, bahawa agama ialah pencetus utama tamadun manusia.
Dua ciri asas masyarakat bertamadun
a) Penguasaan pelbagai bidang ilmu
Tamadun ialah pencapaian tertinggi masyarakat manusia dalam semua aspek
kehidupan mereka. Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang
memiliki ciri-ciri kehidupan yang kompleks dan canggih. Semakin besar anggota
masyarakat itu, maka semakin banyaklah keperluan hidup mereka dan semakin
besar cabaran yang terpaksa dihadapi.
Sebagai contoh, penduduk yang ramai di sesuatu kawasan memerlukan pelbagai
kemudahan awam seperti system jalan raya yang sempurna, bekalan air yang
bersih, bekalan makanan yang mencukupi, penjagaan kesihatan dan sebagainya.
Kesemua keperluan ini tidak mungkin dapat dipenuhi dengan sempurna kecuali
sesebuah masyarakat itu menguasai pelbagai bidang ilmu dan teknologi dalam
bidang yang berkaitan.
Lagi tinggi dan canggih ilmu dan teknologi yang dikuasai, maka lagi tinggilah
pencapaian tamadunnya.
Related documents