Survey
* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project
* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project
Dua peranan agama dalam pembentukan sesebuah tamadun a) Agama sebagai pencetus tamadun Agama merupakan unsur utama dalam pembinaan sesebuah tamadun. Hal ini kerana agama memainkan peranan sebagai perangsang dalam pembinaan sesebuah tamadun. Contohnya tamadun Islam. Tamadun ini lahir hasil daripada rangsangan ajaran Islam itu sendiri. Walaupun agama Islam bermula di kawasan padang pasir yang tandus, tetapi dengan dorongan ajaran Islam dan bimbingan Rasulullah s.a.w, umat Islam Berjaya membangunkan sebuah tamadun terhebat di dunia. Tamadun Islam ialah tamadun yang paling seimbang dari segi pembangunan rohani dan jasmaninya dalam seluruh sejarah manusia. Demikian pula dalam kebanyakan tamadun yang wujud sebelumnya seperti tamadun China dan tamadun India, peranan agama jelas kelihatan daripada peninggalan rumah-rumah ibadat yang begitu banyak. Agama yang mengajar manusia tentang norma-norma kehidupan yang perlu dipatuhi oleh segenap anggota masyarakat. Oleh itu, bahawa agama ialah pencetus utama tamadun manusia. Dua ciri asas masyarakat bertamadun a) Penguasaan pelbagai bidang ilmu Tamadun ialah pencapaian tertinggi masyarakat manusia dalam semua aspek kehidupan mereka. Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang memiliki ciri-ciri kehidupan yang kompleks dan canggih. Semakin besar anggota masyarakat itu, maka semakin banyaklah keperluan hidup mereka dan semakin besar cabaran yang terpaksa dihadapi. Sebagai contoh, penduduk yang ramai di sesuatu kawasan memerlukan pelbagai kemudahan awam seperti system jalan raya yang sempurna, bekalan air yang bersih, bekalan makanan yang mencukupi, penjagaan kesihatan dan sebagainya. Kesemua keperluan ini tidak mungkin dapat dipenuhi dengan sempurna kecuali sesebuah masyarakat itu menguasai pelbagai bidang ilmu dan teknologi dalam bidang yang berkaitan. Lagi tinggi dan canggih ilmu dan teknologi yang dikuasai, maka lagi tinggilah pencapaian tamadunnya.