Survey
* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project
* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN Oleh : SFI, UniKL MIMET Pengajian Ketamadunan dan Sejarah Tamadun Pengajian ketamadunan teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoritikal dan abstrak Sejarah tamadun pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, kemajuan dan kemundurannya. Pengajian ketamadunan tidak begitu terikat kepada batasan zaman, manakala sejarah tamadun dibatasi faktor masa. Kedua2nya saling berkait kerana tanpa sejarah, kajian ketamadunan akan menjadi subjek yang hambar. Melalui sejarahlah ilmu dan teori ketamadunan dibentuk, dibina dan dibangunkan serta dikembangkan. Selain sejarah, disiplin-disiplin pengetahuan yang lain juga menjadi komponen dlm pengajian ketamadunan spt agama, falsafah, kajian bandar, sosiologi, antropologi, kebudayaan, sains dan teknologi dsb. Pengajian ketamadunan turut merentasi perbincangan tentang masa lampau, masa kini dan masa depan. KONSEP TAMADUN Dua istilah digunakan dalam Bahasa Melayu bagi maksud tamadun: Tamadun – kebudayaan, kemajuan, peradaban Peradaban – tingkahlaku / tutur kata yang sopan. Kata tamadun berasal daripada kata Arab ‘madana’ – kehalusan budi pekerti dan akhlak seperti orang kota Istilah dalam Bahasa Arab yg membawa maksud tamadun sebelum penggunaan istilah tamadun: Umran – bermaksud membangun dan memakmurkan bandar (Ibnu Khaldun) Hadharah – bermaksud kehidupan menetap (Malik Bin Nabi) Tamaddun – bermaksud membina dan membangunkan Bandar (Zurji Zaidan) Madinah – bandar-bandar,nama yang diberi oleh Rasulullah bg menggantikan Yathrib Madaniyyah – bandar / kehidupan bandar (M Farid Wajdi) Tamadun dlm Bahasa Inggeris - civilization civitas (kota/bandar) Istilah lain – renaissance dan culture ● memperbaiki tingkah laku Tamadun dari sudut Bahasa Tamil – nakarikam Nakar – Bandar Ikam - pembentukan Tamadun dari sudut Bahasa Cina – wen ming wen - Peradaban Ming – cerah, terang, bercahaya Pelopor (Ibnu Khaldun) - istilah umran, menjelaskan makna tamadun yg merangkumi organisasi social & budaya. - buku, Mukaddimah (latar belakang sejarah – asas memahami reality masyarakat, bangsa dan umat) - melalui teori ta’awun, beliau menjelaskan bagaimana manusia hidup dlm masyarakat yg berubah drpd badawi kpd hadhari. - beliau tlh mgemukakan andaian bahawa jangka hayat bagi sesebuah tamadun adalah sekitar tiga generasi G. Semangat Juang & Assabiyah G. Keupayaan intelek, ilmu & kemahiran G. Lemah & diulit kemewahan 2022/3/10 Pengertian Tamadun dari Sudut Pengistilahan Idris al-Marbawi Kehalusan adat @ kemurniaan pencapaian manusia yang hidup di kota dan berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran serta penghasilan teknologi yg membantu menyempurnakan kehidupan kota yg bahagia. Arnold Toynbee Kebudayaan yg berkembang di dalam kota. Pemikiran berbagai-bagai manifestasi, orientasi yg berterusan, satu gaya kebudayaan yg bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral. Syed Mohammad Naquib al-Attas Keadaan kehidupan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yg luhur. Tamadun :PENCAPAIAN & PEMBANGUNAN DLM SEGALA PELAKUAN, PEMIKIRAN & KEMAJUAN yg tinggi, luhur, baik, halus & sopan. Terhasil dlm bentuk seni bina, ilmu ketamadunan, sains dan teknologi, kepercayaan, undang-undang, pentadbiran dan politik. 2022/3/10 CIRI-CIRI MENURUT IBNU KHALDUN 1. Pegangan agama yg kuat 2. Sistem kenegaraan yg tersusun 3. Kaedah penulisan yg tinggi 4. Kehidupan cara bandar 5. Kepakaran dlm seni lukis & seni reka 2022/3/10 Ciri-ciri tamadun menurut Edward L. Farmers Bukunya, Comparative History of Civilization in Asia 2022/3/10 CIRI- CIRI TAMADUN 1. Wujud sistem kepercayaan dan agama 2. Wujud penempatan di sesebuah @ beberapa kawasan yang membentuk bandar seperti Lembah Nil, Lembah Indus 3. Peningkatan kualiti hidup yang lebih baik 4. Wujud sistem institusi sosial spt politik, pendidikan yg teratur 5. Muncul penggunaan bahasa yang serumpun dan sistem tulisan tersendiri sebagai perantaraan komunikasi 6. Wujud sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai 7. Lahir daya reka cipta dlm teknologi dan pembinaan bg keselesaan hidup 8. Lahir dan berkembang daya kreativiti dlm menghayati falsafah, kesenian, sastera dan nilai estetika. Pendapat kamu, adakah masyarakat Malaysia hari ini BERTAMADUN? 2022/3/10 BERTAMADUNKAH? 2022/3/10 HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA, BUDAYA DAN BANGSA Hubungan Tamadun dengan Kepercayaan / Agama Agama berperanan penting dalam kehidupan manusia dan mempunyai pertalian. Agama Islam menjadi sumber inspirasi dan kekuatan umat utk membentuk tamadun. Tamadun barat bersumberkan fahaman materialism bukan agama. Pekerti mulia dan bermoral terhasil drpd kepercayaan beragama dan ianya penting dalam kehidupan bertamadun. Peninggalan tamadun-tamadun silam menggambarkan penghayatan yg tinggi terhadap kehidupan berasaskan kepercayaan dan beragama. Dalam konteks hubungan, agama pentingkan hubungan sesama manusia dan dengan Tuhan. Tetapi yang menolak agama hanya pentingkan hubungan sesama manusia dan kebendaan sahaja. Tamadun Barat kontemporari memperlihatkan pemisahan nilai keagamaan dlm kehidupan. Kesimpulan, terdapat 2 pandangan: Agama mempunyai pengaruh dan peranan terhadap tamadun Sangsi tentang peranan agama terhadap tamadun Hubungan Tamadun Dengan Budaya Budaya ialah tatacara bertindak ke atas persekitarannya dlm mengurus kehidupan bermasyarakat. Tamadun dan budaya berkait rapat kerana budaya yang terpuji menandakan kehidupan bertamadun. Masyarakat berbudaya terpuji bermakna mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral Tamadun berbeza daripada budaya apabila: Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan berbanding pengaruh dan natijah budaya. Erti kata lain, budaya yang kekal lama adalah natijah tamadun Cth: kesetiaan kpd maharaja (natijah tamadun) dlm masyarakat Jepun walaupun sistem politik telah berubah. Manakala cara berpakaian & pemilihan makanan (natijah budaya) kerana mengalami banyak perubahan dlm tempoh 100 tahun. Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya dikaitkan dengan negara/wilayah. Cth: tamadun Islam mengandungi beberapa budaya mengikut Negara. Cara berpakaian masyarakat Islam di rantau Melayu berbeza dgn masyarakat Islam di Semenanjung Arab walaupun dibawah naungan tamadun yang sama. Hubungan Tamadun dan Bangsa Suatu bangsa lazimnya ada pertalian dgn sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Tamadun pula bersifat universal merentasi sempadan geografi dan melampui bangsa dan kebangsaan. Terdapat tamadun yg dimiliki oleh lebih drpd satu bangsa spt tamadun Barat di Eropah dan Amerika. Tamadun Islam berkembang dgn pelbagai budaya dan bangsa. Teorinya, tamadun dan bangsa adalah berkaitan dan tamadun akan melampui batas kebangsaan. Namun imej tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa peneraju. Cth: tamadun Islam yg berkembang di Alam Melayu – memperlihatkan imej kemelayuan dan pd masa yg sama Islam sebagai asas nilai. Kelahiran dan Perkembangan Tamadun 1. Tidak dapat dinafikan bahawa bukan mudah untuk mengambarkan secara lengkap proses perubahan sesebuah masyarakat yang tidak bertamadun kepada kehidupan yang bertamadun. 2. Perubahan tersebut mungkin berlaku secara beransur-ansur atau secara drastik. 2022/3/10 Kedudukan Strategik Rangsangan keagamaan dan kerohanian Interaksi antara tamadun Ekonomi mantap Penghayatan terhadap moral Faktor Kemunculan / Kelahiran Tamadun Kesengsaraan hidup Politik kukuh Budaya masyarakat yang tinggi Toleransi Terhadap tamadun lain Kejatuhan dan Kemerosotan Tamadun 1.Setiap tamadun sememangnya mengalami kemerosotan dan ada pula yang runtuh secara mendadak. Benarkah kemerosotan sesebuah tamadun itu disebabkan hukum sejarah yang pasti berputar setiap masa? 2.Pendapat ini telah ditegaskan oleh Ibn Khaldun, sesebuah tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua. 3.Ibn Khaldun menganggarkan kadar tempoh sesebuah peradaban itu kepada 4 generasi iaitu generasi pengamal, pengikut, pemelihara tradisi dan pemusnah tradisi. 4.Jadi sesebuah tamadun akan melalui keempat-empat peringkat itu dan jangka masa sesuatu mungkin mengambil masa beratusratus tahun. Jurang kayamiskin Keruntuhan akhlak / moral Faktor Kejatuhan / Kemerosotan Penindasan dan kezaliman Sikap tertutup Bencana Alam/Penyakit Persamaan dan Perbezaan Antara Tamadun Perbezaan antara tamadun lazimnya dilihat dari aspek teologi / kepercayaan. Ianya sering menimbulkan percanggahan pendapat. Namun persoalan etika kurang menimbulkan kontrovesi. Persamaan dan perbezaan antara tamadun, dpt dilihat pada persoalan etika berikut: 1. Alam sekitar 2. Keluarga 3. Masyarakat 4. Kerajaan 5. Ekonomi 6. Pendidikan 7. Kesihatan dan Kesejahteraan Memahami persamaan dan perbezaan antara tamadun sewajar menjadikan kita bersikap terbuka ke arah keharmonian. Etika Persamaan Perbezaan Alam Sekitar • Semua agama menerima prinsip hidup harmoni dgn alam • Alam anugerah Tuhan dan manusia berperanan mentadbirnya • Alam bukan sahaja perlu dipelihara malah ada setengah tamadun menyembah alam yg kaitkan dengan kuasa dewa. Keluarga • Asas pembentukan masyarakat • Wujud hierarki kuasa yg menentukan kedudukan lelaki dan perempuan • Pengabaian hubungan kekeluargaan oleh kebanyakan masyarakat Barat moden yg bertentangan dgn kosep keadilan • Dalam Islam hubungan kasih sayang dan hormat menghormati adalah penting Komuniti • Cukup berpengaruh bg menentukan identiti seseorang • Dapat memastikan nilai2 murni dlm masyarakat dihormati • Sejarah membuktikan identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan seperti Islam dan Buddhisme Kerajaan • Sebahagian tamadun memperlihatkan rakyat ada kuasa menyanggah pemerintah yang melanggar konsep adil • Akhlak dan moral ditekankan sbg dasar kerajaan • Sifat raja adil diutamakan Etika Persamaan Perbezaan Kegiatan Ekonomi • Konsep Moral Semesta seperti dlm ajaran Buddha iaitu Jalan Lapan Lapis • Dalam Islam, prinsip halal dan haram amat ditekankan yg mampu membentuk akhlak manusia Pendidikan • Matlamat pendidikan iaitu bina sifat manusia • Manusia perlu kuasai dalaman terlebih dahulu sebelum luaran • Ajaran Islam menekankan persoalan tauhid dlm pembentukan insan. • Dalam ajaran Buddha n Hindu pembentukan insan melalui proses mengenal diri sendiri Kesihatan • Menjaga kesihatan merupakan suatu diberi perhatian melalui konsep holistik iaitu kesihatan dipengaruhi oleh alam • Kesan konsep holistic bg rawatan penyakit begitu mendalam. • Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang INTERAKSI ANTARA TAMADUN Interaksi hubungan yang saling bertindak balas / saling mempengaruhi antara satu sama lain Agama, pegangan nilai, Bahasa, budaya, adat dan sistem sosial mempengaruhi interaksi Wujudnya interaksi disebabkan semangat toleransi dan saling menghormati Faktor Interaksi Peranan pemimpin Peranan golongan agama Kedudukan geografi yg strategic Perkahwinan Perdagangan Misi politik Lingkungan Budaya dan Bangsa yang Sama Tamadun yang Kuat dengan yang lemah Jenis Interaksi Budaya dan Tamadun yang Berbeza Interaksi dalam Sejarah Penghalang Interaksi • Kedudukan geografi atau daerah yg berbeza • Semangat nasionalisme yg sempit • Tiada toleransi antara kaum migran dan bukan migran • Perbezaan Bahasa • Perbezaan agama • Perbezaan budaya • Penguasaan ekonomi yg tidak seimbang • Penguasaan politik yang tidak seimbang • Tiada kumpulan dominan • Pemikiran penjajah • Penguasaan teknologi • Konflik antara etnik • peperangan Contoh Interaksi Sejarah di Malaysia Interaksi dengan Tamadun India • Percampuran Bahasa – maharaja, mahaguru, kepala, mantra, amma • Kesenian – seni taman, seni bina berunsur India spt masjid India • Kesusasteraan – wayang kulit, hikayat Seri Rama • Pengaruh system pemerintahan – konsep dewaraja, institusi beraja, pembinaan candi, pertabalan • Penggunaan gelaran – duli yang maha mulia, seri paduka baginda Interaksi dengan tamadun Cina • Kebudayaan – baba dan nyonya • Kesenian – seni bina cina seperti masjid Tanjung Kling • Bahasa – tauke, tauhu, mi, cincau Interaksi dengan Tamadun Arab • • • • • Agama Bahasa dan tulisan Sastera Pendidikan Budaya Kesan Pertembungan Antara Tamadun Kesan Positif Kesan Negatif • Mendapat perlindungan, keamanan, kestabilan. • Penyebaran agama • Pengembangan dan pertukaran ilmu dan kemahiran • Pengembangan ekonomi • Kemajuan teknologi dan kebendaan • Pengaruh budaya • Peperangan dan pembunuhan atas factor agama dan kuasa serta ekonomi DIALOG ANTARA TAMADUN / PERADABAN Dialog : 1. 2. satu perbincangan @ perundingan antara dua pihak yang bertelingkah (Kamus Dewan) Suatu percubaan antara dua pihak yang berlainan pendapat, kepercayaan, pandangan untuk melakukan satu aktiviti pertukaran pendapat dgn tujuan menambah pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan membolehkan utk saling memahami. Perlunya dialog apabila manusia menyedari kepelbagaian masyarakat dari segi geografi, budaya dan agama. Pembudayaan Dialog di Malaysia Berlaku sejak 1980an – seperti dialog antara agama Melibatkan sarjana, ahli agama dan cendiakawan Dialog dalam kehidupan harian melalui proses bekerjasama dan komunikasi – pekerjaan, perniagaan, sekolah Prinsip Dialog 1. Memahami dan menyedari tujuan dialog 2. Mendatangkan manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat 3. Dialog perlu dijalankan dengan keikhlasan 4. Berupaya menjelaskan pandangan (kepercayaan dan nilai) 5. Cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialog 6. Menunjukkan sikap berhemah semasa memberi pandangan 7. Tidak mempunyai prejudis Halangan Dialog 1. Ada yang beranggapan dialog boleh mengakibatkan pendialog bertukar agama atau berpaling tadah 2. Perasaan rendah diri dan tidak bersedia untuk berdialog 3. Sindiran sosial iaitu mempersoalkan kemampuan wakil pendialog sekiranya ia berbaik-baik dengan pendialog daripada agama atau tamadun lain. 4. Syak wasangka terhadap penganjur terhadap tujuan dialog diadakan Rumusan Teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dlm persoalan-persoalan tertentu terutamanya yg berkaitan dgn teologi, wujud beberapa perbezaan yg kita harus fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dgn tamadun yg lain seharusnya mendorong kita utk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dgn ilmu ketamadunan membuka ruang kpd seluruh manusia utk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yg lebih saksama. 2022/3/10