Survey
* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project
* Your assessment is very important for improving the workof artificial intelligence, which forms the content of this project
87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ Pilih jawapan yang paling tepat. 1) Pak Salleh _______ buah rambutan yang masak itu dengan sebatang galah. A menolak B memukul C menjolok D merentap 2) Shanrizal sedang menaikkan bendera Jalur Gemilang di hadapan pejabat sekolah hingga _______ tiang. A penjuru B puncak C hulu D atas 3) Encik Daud bersetuju ______ harga buah epal dan cempedak yang ditawarkan oleh Pak Mail. A dengan B kepada C untuk D daripada 4) Ketua kerani itu menerima ________ ke majlis sambutan Hari Kecemerlangan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Taman Permaisuri. A surat akuan B surat kiriman C surat tawaran D surat jemputan https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 5) Rama-rama menggunakan ________ untuk mengesan keadaan di sekelilingnya. A rerambut B sesungut C sesendi D jejari 6) Pak Din duduk di atas bangku plastik sambil ________ kelapa yang diminta oleh pelanggan di kedai runcitnya. A menekan B memarut C memulas D meramas 7) Encik Wong sedang menaip kertas kerjanya dengan computer riba ________ anak lelakinya sedang membaca buku. A hingga B supaya C malahan D manakala 8) Aktiviti gotong-royong membina pondok bacaan yang dilakukan oleh penduduk Kampung Cempaka itu dapat ______ penduduk setempat. A mencampuradukkan B menunjukajarkan C menitikberatkan D menyatupadukan https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 9) Pak Rahim memandu kereta pacuan empat rodanya dengan perlahan kerana jalan raya menuju ke Estet Kemuning itu ________. A bengkang-bengkok B senget-menget C simpang-siur D lekak-lekuk 10) Chee Keong memakai topi keledar ________ hendak menunggang motosikal berkuasa tinggi ke pejabat. A lalu B sambil C kerana D supaya 11) Cikgu Wong dan Kuhan sedang menaik tali jaring bola tampar di tepi pantai itu. Pilih perkataan berlawan bagi menarik. A melepas B mendorong C menyorong D menghulur 12) Burung helang itu hendak menyambar anak-anak Si Merah yang berkeliaran di hadapan reban. Pilih perkataan seerti bagi menyambar. A merampas B menangkap C menyetap D meragut https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 13) Puan Marlia bertanya kepada jurujual di Butik Embun itu,” Bolehkah ________ mencuba baju kebaya ini?” A dia B saya C kami D mereka 14) Bunga iris yang berwarna biru boleh ditanam ________ rizomnya. A dari B pada C dengan D daripada 15) Adik Amin ketakutan apabilameluhat singa itu _____________seekor anak kambing. A membaham B menggigit C mengunyah D memamah 16) Kasihan sungguh orang tua itu kerana badannya ____________. A condong B bongkok C senget D bengkok 17) Televisyen yang baru dibeli oleh ayah diletakkan di __________almari hiasan. A sebelah B sedut C seberang D hadapan https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 18) Cikgu Din menggunakan ________untuk menjaga masa dalam pertandingan syarahan itu. A jam randik B jam loceng C jam dinding D jam pasir 19) Tiga ekor burung punai sedang ________ di atas bumbung pondok di tepi sawah. A duduk B hinggap C berpijak D berlunjur 20) Air di dalam tempayan itu ________ kerana adik terlupa hendak menutup kepala paip. A meruap B membuak C memercik D melimpah 21) Pak Deli menunggang motosikalnya dengan berhati-hati semsa menuruni Bukit Padang Terendak yang ________ itu. A senget B landai C curam D tegak 22) Jayakumar sedang berlari sambil ________ baton kepada Mazlan yang berada di hadapannya. A menyangkutkan B menghulurkan C memasukkan D mengalungkan https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 23) Jan Nee dan kawan-kawannya sungguh tertarik apabila melihat beberapa ________ buah anggur yang berbuah dengan lebat di Ladang Anggur Perdana itu. A ikat B gugus C cekak D tandan 24) Anggota polis yang menjalankan operasi mencegah pendatang tanpa izin itu sedang mengadakan ________ terhadap buruh-buruh yang tinggal di rumah kongsi tersebut. A kaji selidik B pandu uji C soal siasat D soal selidik 25) Wak Karman ________ di tengah panas matahari untuk menanam anak pokok pisang emas itu. A ringan tulang B berputih tulang C mencuri tulang D membanting tulang 26) Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Selayang itu sedang menanam tumbuhan ________ sebagai hiasan di sepanjang Jalan Mulia itu. A renek B kerdil C ketot D halus https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 27) Puan Ratna sedang ________ kulit buah limau bali itu untuk dijadikan pencuci mulut selepas makan tengah hari. A menetak B menghiris C memotong D mengupas 28) Adik hanya berjaya mengisi ________ sahaja air ke dalam botol itu semasa sukaneka itu. A sebahagian B sesetengah C separuh D separa 29) ________ itu sedang bertungkus lumus memindahkan mangsa-mangsa banjir itu ke pusat pemindahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. A Sukarelawan B Angkasawan C Peragawati D Seniwan 30) Pemain penyerang pasukan Datuk Bahaman yang cedera itu ________ ke luar padag untuk diberikan rawatan. A dijunjung B dipangku C dijulang D diusung https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 31) Pada musim kemarau, Pak Sahak akan ________ air dari sungai untuk menyiram sayur-sayuran di kebunnya. A menatang B menjinjing C mengelek D mengandar 32) Rahayu dan abangnya membantu ibu mereka ________ daging ayam itu untuk membuat sate. A mencolok B menjolok C merodok D mencucuk 33) Pak Cik Harun menggunakan sebatang galah yang panjang untuk ________ buah kelapa sawit yang telah masak di kebunnya. A mencantas B mengait C memetik D mengambil 34) Mak Cik Temah sedang ________ buluh untuk membuat nyiru dengan berhati-hati supaya tangannya tidak terluka. A menghiris B mengikis C melarik D meraut https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 35) Penjaga gol hoki pasukan Malaysia sedang ________ bola yang dipukul Pakistan daripada membolosi pintu golnya. A menampan B menyerang C mengasak D mengelecek 36) Mak Lijah lebih gemar ________ pulut menggunakan dapur kayu kerana rasanya yang lebih enak. A merebus B mencelur C mengukus D menjerang 37) Pihak polis terpaksa menutup Jalan Pinang itu kerana sebuah lori telah ________ di jalan tersebut. A terpelanting B terbaring C terbalik D terentang 38) Pesawat MAS itu ________ dengan lajunya di atas landasan sebaik-baik sahaja mendapat arahan daripada menara kawalan. A berlungsur B melungsur C melungsuri D melungsurkan https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 39) Pemain penyerang pasukan Kedah itu sedang ________ bola untuk mengelirukan penjaga gol pasukan Selangor. A melaga-laga B mengacu-acu C melibas-libas D mengacah-acah 40) Orang ramai di dalam bank itu segera ________ apabila perompak itu melepaskan tembakan. A menurun B menyendiri C meniarap D meneletang 41) Datuk saya membuang janggutnya dengan ________ yang berwarna biru. A pisau dapur B pisau cukur C pisau toreh D pisau meja 42) Cikgu Lim ________ tangan budak yang hamper terjatuh itu. A menolak B menjolok C menarik D memukul https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 43) Mak Minah meminta cucunya mengurut ________ tengkuknya yang berasa lenguh. A atas B bawah C hadapan D belakang 44) Suntikan itu bertujuan untuk meningkatkan ________ badan. A daya tahan B daya cipta C daya kuda D daya seribu 45) Mak Busu _______ hantaran untuk majlis perkahwinan anak sulungnya. A menganyam B mengubah C menggubah D menenun 46) Ular itu menyorok di dalam lubang di ________ pokok. A dalam B samping C pangkal D antara 47) Pengerusi PIBG sedang pingat emas itu kepada pemenang acara lontar peluru. A menghulurkan B mengalungkan C menyangkutkan D memasukkan https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 48) Pak Uda mempertahankan diri daripada serangan penjahat dengan sebatang ________. A tongkat kayu B tongkat kail C tongkat ampai D tongkat ali 49) Beberapa orang pekerja pembinaan sedang memasang ________ pada bumbung rumah itu. A bebiri B lelabah C tetupai D kekuda 50) Nenek saya ________ kelapa untuk mendapatkan santannya. A meramas B mencnai C menggentel D menguli 51) Kah Meng melambai-lambai tangan apabila terpandang akan guru kelasnya yang berada di ________ sungai. A hulu B seberang C selekoh D hilir https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 52) Terdapat banyak ________ di dalam kapal yang karam di dasar laut itu. A harta karun B harta benda C harta pusaka D harta milik 53) Kak Timah menggunakan penyapu untuk membuang sawang di ________ rumahnya. A sesungut B bebola C lelangit D reriang 54) Datuk cuba menhilangkan kelenguhan pada kakinya dengan duduk ________. A bersila B berlunjur C bersimpuh D bercangkung 55) ________ hendak ke mana? A Aku B Saya C Engkau D kalian https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 56) Walaupun berjawatan tinggi, Encik Lim tidak pernah memandang rendah ________ pekerjapekerjanya. A seperti B kepada C dengan D tentang 57) Lebih daripada lima ribu orang peserta mengambil bahagian dalam ________ Hari Kebangsaan pada setiap tahun. A diarak B berarak C mengarak D perarakan 58) Ayah saya membuang ________ itu dengan menggunakan sebatang penyapu habuk. A jejari B sesiku C lelangit D sesawang 59) Murid-murid lelaki itu sedang ________ di kantin pada waktu rehat. A bersiar B berkejar C berbual D bertugas https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 60) Kim Seng menggunakan sebatang sudu untuk _________ tudung tin biskut yang tertutup rapat itu. A mengumpil B mencabut C mengorek D menyodok 61) Sook Moi sedang ________ sebuah lagu di majlis perpisahan itu. A menciptakan B mendendangkan C menghadiahkan D melarikan 62) Rumah neneknya terletak di ________ taman permainan dengan dewan. A antara B hujung C penjuru D belakang 63) Pertandingan ________ peringkat antarabangsa diadakan di Kuala Terengganu. A kapal terbang B kapal selam C kapal perang D kapal layar https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 64) Guru Besar memberikan amaran kepada Zaki dan Kamarul kerana ________ kerap ponteng sekolah. A dia B kita C saya D mereka 65) Pak Dollah ________ beberapa biji buah durian yang telah gugur di dusunnya. A memetik B menjolok C mengambil D memungut 66) Tong sampah itu diletakkan di ________ pagar. A atas B luar C dalam D tengah 67) Ah Seong jatuh tersungkur kerana _________ batu itu. A tersepak B bersepak C menyepak D disepak https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 68) “ _______ minum air kopi ini, datuk," kata Lily. A Tolong B Harap C Jemput D Minta 69) Johan ________ kerana rakan-rakannya memberikan hadiah semasa hari jadinya. A besar hati B makan hati C tawar hati D buta hati 70 ________ itu mengedarkan risalah tentang barangan jualannya kepada orang ramai. A Jurutera B Jurujual C Juruacara D Jurucakap 71) Kakak saya ________ apabila melihat cacing di dalam bekas itu. A terhuyung-hayang B lintang-pukang C geli-geleman D sedu-sedan https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 72) Mak Cik Ani sedang ________ air di dapur. A menjinjing B membancuh C menyimbah D menjerang 73) Peserta-peserta Pertandingan Kayak itu terpaksa _________ arus sungai yang deras. A melalui B melayari C mengalami D mengharungi 74) ________ pegawai polis sedang menjalankan siasatan di sebuah bank yang telah dirompak. A Segerombolan B Sepasukan C Seangkatan D Sekawan 75) “ ________ tidak dibenarkan mengambil gambar di sini,” kata pegawai keselamatan itu kepada beberapa orang pengunjung. A Kita B Tuan C Awak D Kalian https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 76) Si Comel, kucing kesayangan Lina sedang ________ anaknya yang baru lahir. A menggonggong B menggigit C membawa D menghidu 77) Encik Ranjit memandu keretanya dengan perlahan semasa menaiki bukit yang _______. A curam B senget C tegak D cerun 78) Puan Nancy ________ kari kepala ikan sementara menanti kepulangan suaminya. A merebus B menanak C memasak D menumis 79) Pokok labu yang ditanam datuk ________ ke luar pagar kebunnya. A merangkak B menyusur C menjulur D menjalar https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 80) Sze Pei segera ke dapur apabila terbau masakan yang sudah ________. A busuk B hapak C hangit D tengik 81) Doktor sedang memeriksa ________ telinga adik yang berdarah. A jejari B sesiku C lelangit D gegendang 82) Kanak-kanak itu terjatuh dari basikal, ________ mengalami kecederaan pada bahagian lutut. A dia B saya C hamba D beliau 83) Pihak polis marin telah ________ kawalan di perairan Selat Melaka. A ketat B pengetat C keketatan D memperketat https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ 84) Apabila kakak senyum ________ barisan giginya yang putih dan bersih itu. A serlah B pameran C terserlah D mempamerkan 85) Azmi ________ daripada tidur apabila terdengar kokokan ayam jantannya. A menjaga B berjaga C terjaga D dijaga 86) Pelajar itu sedang ________ ayahnya menggunakan telefon awam. A mendekati B memaklumi C memberitahu D menghubungi 87) Ah Seng mengumpul baki duit belanja sekolahnya setiap hari kerana dia tahu bahawa A sediakan payung sebelum hujan B sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit C ke mana tunpahnya kuah kalau tidak ke nasi D bapa borek anak rintik https://www.facebook.com/ShareBM/ 87 Latihan Tatabahasa HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/ Jawapan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 C D A D B B D D D C A B B C C B B A B D 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 C B B C D A D C A D D D B D A C C B C C 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 55 56 57 58 59 60 B C D A C C B A D A B A C B C B D D C A 61 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74 75 76 77 78 79 80 B A D D D B A C A B C D D B B A D C C C 81 82 83 84 85 86 87 D A D C C D B https://www.facebook.com/ShareBM/