Download 87 latihan tatabahasa

Survey
yes no Was this document useful for you?
   Thank you for your participation!

* Your assessment is very important for improving the work of artificial intelligence, which forms the content of this project

Document related concepts
no text concepts found
Transcript
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Pilih jawapan yang paling tepat.
1) Pak Salleh _______ buah rambutan yang masak itu dengan sebatang galah.
A menolak
B memukul
C menjolok
D merentap
2) Shanrizal sedang menaikkan bendera Jalur Gemilang di hadapan pejabat sekolah hingga _______
tiang.
A penjuru
B
puncak
C hulu
D atas
3) Encik Daud bersetuju ______ harga buah epal dan cempedak yang ditawarkan oleh Pak Mail.
A dengan
B kepada
C untuk
D daripada
4) Ketua kerani itu menerima ________ ke majlis sambutan Hari Kecemerlangan Sekolah Jenis
Kebangsaan (Cina) Taman Permaisuri.
A surat akuan
B surat kiriman
C surat tawaran
D surat jemputan
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
5) Rama-rama menggunakan ________ untuk mengesan keadaan di sekelilingnya.
A rerambut
B sesungut
C sesendi
D jejari
6) Pak Din duduk di atas bangku plastik sambil ________ kelapa yang diminta oleh pelanggan di kedai
runcitnya.
A menekan
B memarut
C memulas
D meramas
7) Encik Wong sedang menaip kertas kerjanya dengan computer riba ________ anak lelakinya sedang
membaca buku.
A hingga
B supaya
C malahan
D manakala
8) Aktiviti gotong-royong membina pondok bacaan yang dilakukan oleh penduduk Kampung Cempaka itu
dapat ______ penduduk setempat.
A mencampuradukkan
B menunjukajarkan
C menitikberatkan
D menyatupadukan
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
9) Pak Rahim memandu kereta pacuan empat rodanya dengan perlahan kerana jalan raya menuju ke
Estet Kemuning itu ________.
A bengkang-bengkok
B senget-menget
C simpang-siur
D lekak-lekuk
10) Chee Keong memakai topi keledar ________ hendak menunggang motosikal berkuasa tinggi ke
pejabat.
A lalu
B sambil
C kerana
D supaya
11) Cikgu Wong dan Kuhan sedang menaik tali jaring bola tampar di tepi pantai itu.
Pilih perkataan berlawan bagi menarik.
A melepas
B mendorong
C menyorong
D menghulur
12) Burung helang itu hendak menyambar anak-anak Si Merah yang berkeliaran di hadapan reban.
Pilih perkataan seerti bagi menyambar.
A merampas
B menangkap
C menyetap
D meragut
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
13) Puan Marlia bertanya kepada jurujual di Butik Embun itu,” Bolehkah ________ mencuba baju
kebaya ini?”
A dia
B saya
C kami
D mereka
14) Bunga iris yang berwarna biru boleh ditanam ________ rizomnya.
A dari
B pada
C dengan
D daripada
15) Adik Amin ketakutan apabilameluhat singa itu _____________seekor anak kambing.
A membaham
B menggigit
C mengunyah
D memamah
16) Kasihan sungguh orang tua itu kerana badannya ____________.
A condong
B bongkok
C senget
D bengkok
17) Televisyen yang baru dibeli oleh ayah diletakkan di __________almari hiasan.
A sebelah
B sedut
C seberang
D hadapan
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
18) Cikgu Din menggunakan ________untuk menjaga masa dalam pertandingan syarahan itu.
A jam randik
B jam loceng
C jam dinding
D jam pasir
19) Tiga ekor burung punai sedang ________ di atas bumbung pondok di tepi sawah.
A duduk
B hinggap
C berpijak
D berlunjur
20) Air di dalam tempayan itu ________ kerana adik terlupa hendak menutup kepala paip.
A meruap
B membuak
C memercik
D melimpah
21) Pak Deli menunggang motosikalnya dengan berhati-hati semsa menuruni Bukit Padang Terendak
yang ________ itu.
A senget
B landai
C curam
D tegak
22) Jayakumar sedang berlari sambil ________ baton kepada Mazlan yang berada di hadapannya.
A menyangkutkan
B menghulurkan
C memasukkan
D mengalungkan
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
23) Jan Nee dan kawan-kawannya sungguh tertarik apabila melihat beberapa ________ buah anggur
yang berbuah dengan lebat di Ladang Anggur Perdana itu.
A ikat
B gugus
C cekak
D tandan
24) Anggota polis yang menjalankan operasi mencegah pendatang tanpa izin itu sedang mengadakan
________ terhadap buruh-buruh yang tinggal di rumah kongsi tersebut.
A kaji selidik
B pandu uji
C soal siasat
D soal selidik
25) Wak Karman ________ di tengah panas matahari untuk menanam anak pokok pisang emas itu.
A ringan tulang
B berputih tulang
C mencuri tulang
D membanting tulang
26) Pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Selayang itu sedang menanam tumbuhan ________ sebagai
hiasan di sepanjang Jalan Mulia itu.
A renek
B kerdil
C ketot
D halus
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
27) Puan Ratna sedang ________ kulit buah limau bali itu untuk dijadikan pencuci mulut selepas makan
tengah hari.
A menetak
B menghiris
C memotong
D mengupas
28) Adik hanya berjaya mengisi ________ sahaja air ke dalam botol itu semasa sukaneka itu.
A sebahagian
B sesetengah
C separuh
D separa
29) ________ itu sedang bertungkus lumus memindahkan mangsa-mangsa banjir itu ke pusat
pemindahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
A Sukarelawan
B Angkasawan
C Peragawati
D Seniwan
30) Pemain penyerang pasukan Datuk Bahaman yang cedera itu ________ ke luar padag untuk
diberikan rawatan.
A dijunjung
B dipangku
C dijulang
D diusung
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
31) Pada musim kemarau, Pak Sahak akan ________ air dari sungai untuk menyiram sayur-sayuran di
kebunnya.
A menatang
B menjinjing
C mengelek
D mengandar
32) Rahayu dan abangnya membantu ibu mereka ________ daging ayam itu untuk membuat sate.
A mencolok
B menjolok
C merodok
D mencucuk
33) Pak Cik Harun menggunakan sebatang galah yang panjang untuk ________ buah kelapa sawit yang
telah masak di kebunnya.
A mencantas
B mengait
C memetik
D mengambil
34) Mak Cik Temah sedang ________ buluh untuk membuat nyiru dengan berhati-hati supaya
tangannya tidak terluka.
A menghiris
B mengikis
C melarik
D meraut
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
35) Penjaga gol hoki pasukan Malaysia sedang ________ bola yang dipukul Pakistan daripada
membolosi pintu golnya.
A menampan
B menyerang
C mengasak
D mengelecek
36) Mak Lijah lebih gemar ________ pulut menggunakan dapur kayu kerana rasanya yang lebih enak.
A merebus
B mencelur
C mengukus
D menjerang
37) Pihak polis terpaksa menutup Jalan Pinang itu kerana sebuah lori telah ________ di jalan
tersebut.
A terpelanting
B terbaring
C terbalik
D terentang
38) Pesawat MAS itu ________ dengan lajunya di atas landasan sebaik-baik sahaja mendapat arahan
daripada menara kawalan.
A berlungsur
B melungsur
C melungsuri
D melungsurkan
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
39) Pemain penyerang pasukan Kedah itu sedang ________ bola untuk mengelirukan penjaga gol
pasukan Selangor.
A melaga-laga
B mengacu-acu
C melibas-libas
D mengacah-acah
40) Orang ramai di dalam bank itu segera ________ apabila perompak itu melepaskan tembakan.
A menurun
B menyendiri
C meniarap
D meneletang
41) Datuk saya membuang janggutnya dengan ________ yang berwarna biru.
A pisau dapur
B pisau cukur
C pisau toreh
D pisau meja
42) Cikgu Lim ________ tangan budak yang hamper terjatuh itu.
A menolak
B menjolok
C menarik
D memukul
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
43) Mak Minah meminta cucunya mengurut ________ tengkuknya yang berasa lenguh.
A atas
B bawah
C hadapan
D belakang
44) Suntikan itu bertujuan untuk meningkatkan ________ badan.
A daya tahan
B daya cipta
C daya kuda
D daya seribu
45) Mak Busu _______ hantaran untuk majlis perkahwinan anak sulungnya.
A menganyam
B mengubah
C menggubah
D menenun
46) Ular itu menyorok di dalam lubang di ________ pokok.
A dalam
B samping
C pangkal
D antara
47) Pengerusi PIBG sedang pingat emas itu kepada pemenang acara lontar peluru.
A menghulurkan
B mengalungkan
C menyangkutkan
D memasukkan
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
48) Pak Uda mempertahankan diri daripada serangan penjahat dengan sebatang ________.
A tongkat kayu
B tongkat kail
C tongkat ampai
D tongkat ali
49) Beberapa orang pekerja pembinaan sedang memasang ________ pada bumbung rumah itu.
A bebiri
B lelabah
C tetupai
D kekuda
50) Nenek saya ________ kelapa untuk mendapatkan santannya.
A meramas
B mencnai
C menggentel
D menguli
51) Kah Meng melambai-lambai tangan apabila terpandang akan guru kelasnya yang berada di
________ sungai.
A hulu
B seberang
C selekoh
D hilir
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
52) Terdapat banyak ________ di dalam kapal yang karam di dasar laut itu.
A harta karun
B harta benda
C harta pusaka
D harta milik
53) Kak Timah menggunakan penyapu untuk membuang sawang di ________ rumahnya.
A sesungut
B bebola
C lelangit
D reriang
54) Datuk cuba menhilangkan kelenguhan pada kakinya dengan duduk ________.
A bersila
B berlunjur
C bersimpuh
D bercangkung
55) ________ hendak ke mana?
A Aku
B Saya
C Engkau
D kalian
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
56) Walaupun berjawatan tinggi, Encik Lim tidak pernah memandang rendah ________ pekerjapekerjanya.
A seperti
B kepada
C dengan
D tentang
57) Lebih daripada lima ribu orang peserta mengambil bahagian dalam ________ Hari Kebangsaan
pada setiap tahun.
A diarak
B berarak
C mengarak
D perarakan
58) Ayah saya membuang ________ itu dengan menggunakan sebatang penyapu habuk.
A jejari
B sesiku
C lelangit
D sesawang
59) Murid-murid lelaki itu sedang ________ di kantin pada waktu rehat.
A bersiar
B berkejar
C berbual
D bertugas
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
60) Kim Seng menggunakan sebatang sudu untuk _________ tudung tin biskut yang tertutup rapat itu.
A mengumpil
B mencabut
C mengorek
D menyodok
61) Sook Moi sedang ________ sebuah lagu di majlis perpisahan itu.
A menciptakan
B mendendangkan
C menghadiahkan
D melarikan
62) Rumah neneknya terletak di ________ taman permainan dengan dewan.
A antara
B hujung
C penjuru
D belakang
63) Pertandingan ________ peringkat antarabangsa diadakan di Kuala Terengganu.
A kapal terbang
B kapal selam
C kapal perang
D kapal layar
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
64) Guru Besar memberikan amaran kepada Zaki dan Kamarul kerana ________ kerap ponteng
sekolah.
A dia
B kita
C saya
D mereka
65) Pak Dollah ________ beberapa biji buah durian yang telah gugur di dusunnya.
A memetik
B menjolok
C mengambil
D memungut
66) Tong sampah itu diletakkan di ________ pagar.
A atas
B luar
C dalam
D tengah
67) Ah Seong jatuh tersungkur kerana _________ batu itu.
A tersepak
B bersepak
C menyepak
D disepak
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
68) “ _______ minum air kopi ini, datuk," kata Lily.
A Tolong
B Harap
C Jemput
D Minta
69) Johan ________ kerana rakan-rakannya memberikan hadiah semasa hari jadinya.
A besar hati
B makan hati
C tawar hati
D buta hati
70 ________ itu mengedarkan risalah tentang barangan jualannya kepada orang ramai.
A Jurutera
B Jurujual
C Juruacara
D Jurucakap
71) Kakak saya ________ apabila melihat cacing di dalam bekas itu.
A terhuyung-hayang
B lintang-pukang
C geli-geleman
D sedu-sedan
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
72) Mak Cik Ani sedang ________ air di dapur.
A menjinjing
B membancuh
C menyimbah
D menjerang
73) Peserta-peserta Pertandingan Kayak itu terpaksa _________ arus sungai yang deras.
A melalui
B melayari
C mengalami
D mengharungi
74) ________ pegawai polis sedang menjalankan siasatan di sebuah bank yang telah dirompak.
A Segerombolan
B Sepasukan
C Seangkatan
D Sekawan
75) “ ________ tidak dibenarkan mengambil gambar di sini,” kata pegawai keselamatan itu kepada
beberapa orang pengunjung.
A Kita
B Tuan
C Awak
D Kalian
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
76) Si Comel, kucing kesayangan Lina sedang ________ anaknya yang baru lahir.
A menggonggong
B menggigit
C membawa
D menghidu
77) Encik Ranjit memandu keretanya dengan perlahan semasa menaiki bukit yang _______.
A curam
B senget
C tegak
D cerun
78) Puan Nancy ________ kari kepala ikan sementara menanti kepulangan suaminya.
A merebus
B menanak
C memasak
D menumis
79) Pokok labu yang ditanam datuk ________ ke luar pagar kebunnya.
A merangkak
B menyusur
C menjulur
D menjalar
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
80) Sze Pei segera ke dapur apabila terbau masakan yang sudah ________.
A busuk
B hapak
C hangit
D tengik
81) Doktor sedang memeriksa ________ telinga adik yang berdarah.
A jejari
B sesiku
C lelangit
D gegendang
82) Kanak-kanak itu terjatuh dari basikal, ________ mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
A dia
B saya
C hamba
D beliau
83) Pihak polis marin telah ________ kawalan di perairan Selat Melaka.
A ketat
B pengetat
C keketatan
D memperketat
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
84) Apabila kakak senyum ________ barisan giginya yang putih dan bersih itu.
A serlah
B pameran
C terserlah
D mempamerkan
85) Azmi ________ daripada tidur apabila terdengar kokokan ayam jantannya.
A menjaga
B berjaga
C terjaga
D dijaga
86) Pelajar itu sedang ________ ayahnya menggunakan telefon awam.
A mendekati
B memaklumi
C memberitahu
D menghubungi
87) Ah Seng mengumpul baki duit belanja sekolahnya setiap hari kerana dia tahu bahawa
A sediakan payung sebelum hujan
B sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
C ke mana tunpahnya kuah kalau tidak ke nasi
D bapa borek anak rintik
https://www.facebook.com/ShareBM/
87 Latihan Tatabahasa
HTTPS://WWW.FACEBOOK.COM/SHAREBM/
Jawapan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
C
D
A
D
B
B
D
D
D
C
A
B
B
C
C
B
B
A
B
D
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
C
B
B
C
D
A
D
C
A
D
D
D
B
D
A
C
C
B
C
C
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
B
C
D
A
C
C
B
A
D
A
B
A
C
B
C
B
D
D
C
A
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
B
A
D
D
D
B
A
C
A
B
C
D
D
B
B
A
D
C
C
C
81
82
83
84
85
86
87
D
A
D
C
C
D
B
https://www.facebook.com/ShareBM/
Related documents